top of page
NOMAD WEB POS2-012.jpg

APAKAH ITU PENGEMBARA NOMAD?

"PENGEMBARA" merujuk kepada individu yang melakukan perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa tujuan menetap secara tetap.

Definisi lain adalah individu yang menjelajah ke sesuatu tempat dengan mengadaptasi cara hidup, budaya serta persekitaran yang berbeza untuk mencari pengalaman dan mempelajari sesuatu dalam perjalanan.

“NOMAD” pula merujuk kepada berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang lain mengikut sesuatu keperluan atau kehendak tertentu.

 

“PENGEMBARA NOMAD” adalah individu yang menjelajah dunia dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mencari pengalaman dan pengetahuan tanpa tujuan menetap secara tetap.

"PENGEMBARANOMAD.COM.MY" merupakan sebuah platform digital yang menghimpunkan maklumat dan pengalaman daripada ahli pengembara untuk menambah nilai sama ada terhadap individu, masyarakat dan negara.

VISI KAMI DI PENGEMBARA NOMAD

Menyediakan peluang kepada ahli pengembara sebagai penulis bebas berkaitan penerokaan dan pengumpulan maklumat bergantung kepada sesebuah projek dan tugasan sama ada di dalam dan luar negara.

4 MISI UTAMA KAMI

Untitled design (11)_edited_edited.jpg

Menyediakan peluang kepada ahli pengembara sebagai penulis bebas berkaitan penerokaan dan pengumpulan maklumat bergantung kepada sesebuah projek dan tugasan sama ada di dalam dan luar negara.

ikon misi visi 4

Mewujudkan rangkaian dan komuniti pengembara dengan pembelajaran sepanjang hayat dan pelbagai kemahiran hidup.

ikon misi visi 2

Melahirkan ahli pengembara yang berpengalaman dan berkualiti dengan aspek yang menyeluruh.

ikon misi visi 3

Kolaborasi dan membina hubungan baik dengan ahli pengembara di seluruh dunia untuk mencapai matlamat bersama.

4 NILAI TERAS KAMI

Nilai-nilai teras ini diterapkan bagi memberi fokus yang sesuai dengan matlamat untuk mendidik, memberi inspirasi dan membawa perubahan positif terhadap individu, masyarakat dan alam sekitar.

Keterbukaan Perspektif Baharu

Menggalakkan pandangan serta idea-idea kreatif yang berbeza dari pelbagai budaya di seluruh dunia.

Nilai Budaya dan Kemanusiaan

Memahami kepelbagaian budaya serta kemanusiaan tidak mengira bangsa dan agama.

Penerokaan dan Penemuan

Menggalakkan semangat meneroka untuk memahami dunia dengan lebih mendalam.

Kreativiti & Inspirasi

Menyampaikan ilmu dan pengalaman mengembara yang mengubah persepsi.

  • Spotify
  • Youtube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • X

Laman web ini ditujukan kepada penulis dan jurnalis. Semua penulisan dan pengalaman yang dirujuk di laman in bertujuan semata-mata

untuk memberi inspirasi dan ilustrasi. Kami tidak mengesyorkan atau menyokong sebarang penulisan dan pengalaman tertentu pada mana-mana platform.

© 2025 JURNAL NOMAD STUDIO (003545717-U). SEMUA HAK TERPELIHARA.

bottom of page