Pada hari Sabtu, 26 Oktober yang lepas saya telah bersiaran langsung di radio NASIONALfm pada jam 3.40 petang sebagai tetamu jemputan bagi topik "Kisah Seorang Pengembara Nomad". Bagi mana yang terlepas mengikuti siaran langsung pada hari tersebut, berikut adalah perkongsian temu bual saya bersama DJ yang bertugas.
NASIONALfm
34 Je Kita Suka!
Sabtu, 26.10.2024
Tajuk: Kisah Pengembara Nomad

1. Boleh ceritakan sedikit tentang diri dan latar belakang Farah?
Assalamualaikum wbt dan Selamat petang kepada DJ dan semua pendengar,
Saya Azwa, merupakan seorang pengembara, penulis dan juga nomad digital. Anak kelahiran Kuala Lumpur. Saya sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Psikologi secara separuh masa. Tahun ini, saya pilih untuk bergerak sendiri atau freelance. Tahun ni banyaknya lebih kepada trial and error sebenarnya. Antaranya berniaga, affiliate di Tiktok, Unit Trust Consultant. Dalam masa yang sama, saya sedang menyiapkan manuskrip untuk publish buku pada masa akan datang. Alhamdulillah, platform saya telah siap sepenuhnya minggu ini, jadi saya akan fokus sepenuhnya kepada platform digital saya iaitu Pengembara Nomad.
2. Apa yang membuatkan Farah memutuskan untuk hidup sebagai pengembara nomad?
Sebelum itu, saya ingin bercerita tentang kisah hidup saya.
Saya sebenarnya sejak dari zaman kanak-kanak iaitu sewaktu di tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, pengajian tinggi, even dunia pekerjaan pun saya banyak berpindah randah. Sehinggalah mengembara pun saya berpengalaman buat secara jangka panjang dan nomad. Kiranya hidup saya ni nomad lah. Nomad ni bermaksud berpindah-randah, bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain, bergerak dari satu negara ke negara yang lain. Bergantung kepada konteks. Pada sesiapa yang tidak tahu, nomad ni boleh dikira sebagai ‘hijrah’.
Apa yang membuatkan saya memutuskan untuk hidup sebagai Pengembara Nomad adalah untuk mendapat kan pengalaman hidup. Bagi saya, dengan mengembara lebih-lebih lagi secara nomad pengalamannya lebih bermakna.
3. Adakah Farah sentiasa menginginkan kehidupan nomad, atau ia adalah sesuatu yang terjadi secara tidak dijangka.
Jawapan saya, ya dan tidak. Bergantung pada situasi sebenarnya. Berdasarkan pengalaman saya sebelum ini nomad ni memenatkan dan ia melibatkan sesuatu perubahan yang besar. Maksudnya, perubahan itu akan mengubah kehidupan kita. Boleh jadi persekitaran kita berubah, cara berfikir berubah, cara hidup dan budaya berbeza dan sebagainya. Jadi, ada kelebihan dan kekurangannya juga. Contoh, bila kita pindah rumah – persekitaran baru, jiran baru, cara orang berfikir di situ pun berbeza, dsb.
4. Apakah tempat yang paling berkesan dalam ingatan dan mengapa?
India. Bagi saya untuk belajar erti syukur boleh belajar di negara India. India memang banyak isu terutamanya kadar kemiskinan yang tinggi kerana kasta/jurang.
Seterusnya, China dan Iran.
5. Boleh kongsikan pengalaman paling mencabar yang pernah dilalui semasa mengembara?
Berbasikal secara solo. Pengalaman dikejar lima ekor anjing sewaktu berbasikal di Azerbaijan.
6. Apakah detik-detik paling menggembirakan atau memuaskan yang pernah dialami dalam kehidupan nomad?
Sebenarnya susah untuk mencapai perkara menggembirakan sebenarnya. Mengembara sukar untuk mencapai keseronokan. Berbeza dengan melancong. Antaranya, dapat layanan yang terbaik dari local; ajak datang rumah, stay di rumah diorang, dapat makanan daripada orang local. Itu dah dikira paling menggembirakan sebenarnya. Ceritanya, lebih kepada hospitaliti dan layanan daripada orang tempatan atau sesiapa sahaja dalam tempoh mengembara. Bagi saya, KEBAIKAN DARIPADA MANUSIA.
7. Bagaimana Farah merancang perjalanan dan menentukan destinasi seterusnya?
Sebagai pengembara, merancang perjalanan ni saya lebih fleksibel dan tiada perancangan tetap. Kadang selalu spontan atau tiba-tiba kadang tengok banyak aspek antara bajet yang ada, cuaca, kemudahan hostel, camping area yang free, ada tasik untuk camping, ada dan terakhir sekali gerak hati. Mengembara saya banyak gunakan gerak hati. Rasa dah bersedia baru gerak. Jadi, memang kena berdoa pada Tuhan supaya diberikan gerak hati yang bagus.
8. Apa yang dapat dipelajari mengenai budaya dan cara hidup orang lain melalui perjalanan pengembaraan Farah?
KINDNESS & RESPECT.
Walaupun berbeza budaya, agama dan sebagainya kita perlu ada respect kepada mereka dan sentiasa buat kebaikan.
9. Adakah pengalaman ini membantu mengenali diri dengan lebih mendalam?
Ya, sebenarnya saya dapat lihat kekurangan, kelemahan saya sendiri. Mudah stress, fragile, ketahanan mental. Apa yang saya perasan lebih dapat lihat kelemahan berbanding kekuatan.
10. Adakah sukar untuk meninggalkan keluarga dan rakan-rakan semasa mengembara?
Ya, sukar. Secara zahir maksudnya fizikal ni, tidak sukar. Tetapi yang sukar ada lah perasaan dan emosi. Banyak meninggalkan kesan pada saya. Sebab kita tak tahu dalam tempoh perjalanan tu apa yang bakal kita hadapi.
11. Bagaimana Farah membina hubungan dengan orang baru semasa pengembaraan?
Saya akan mula bertegur dengan diorang, tunjuk layanan yang baik dan profesional, tak mengjengkelkan. Kadang-kadang, ada orang dia approach dengan cara yang buat kita tak selesa dengan dia, gesture dia, intonasi dan sebagainya. Semasa pengembaraan memang perlu ada hubungan baik sebab kebaikan akan datang daripada situ. Kadang-kadang, kita akan dapat info daripada diorang, dan membantu perjalanan kita di masa hadapan yang kita tak tahu. Kita akan menjadi rakan yang baik.
12. Apakah yang mendorong Farah untuk terus mengembara, walaupun ada cabaran?
Saya sebenarnya matlamat hidup saya ni tak banyak buat masa ni sejak 2016 cuma nak terus mengembara around the world sebolehnya. Passion terhadap mengembara terlalu tinggi sebab mengembara adalah jiwa saya. Jadi saya boleh katakan, ini adalah cita-cita dan passion saya.
13. Apa nasihat kepada pendengar jika ingin menjadi pengembara nomad?
Saya sebenarnya tak ada apa yang nak diberi nasihat sebab mengembara ni susah nak capai keseronokan nak-nak lagi long-term dan nomad. Cumanya, pengalaman tu yang mahal. Jadi boleh cuba. Cuba kita tak tahu. Kadang daripada mencuba baru dapat lihat potensi diri sebenar.
14. Apakah matlamat atau destinasi yang ingin dicapai dalam masa terdekat ini?
Fokus untuk platform digital saya untuk perkongsian pengembaraan saya. InsyaAllah destinasi tu dah ada iaitu ke negara yang saya belum sampai lagi di benua Asia contohnya Cyprus, Qatar, Bahrain, Kuwait. Saya sebenarnya memang takde perancangan tetap. Banyak back up plan. Ada 4 back up plan. Kita tengok macam mana. Memandangkan situasi perang saat ini yang saya pun kena lihat dengan lebih menyeluruh. Saya kena lihat aspek keselamatan dan nyawa juga.
Ribuan terima kasih kepada NASIONALfm dan Puan Azel Lee kerana sudi menjemput saya sebagai tetamu jemputan.