top of page
NOMAD WEB POS2-022.jpg
WhatsApp Image 2024-11-21 at 00.57.45_6cc52e74.jpg

fazwa.r

Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Pengurusan Sumber Manusia, Psikologi

Beliau merupakan seorang pengembara, penulis, dan pengasas platform digital "Pengembara Nomad". Selain itu, beliau kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi secara separuh masa, selaras dengan minatnya dalam memahami tingkah laku manusia.

Pada Oktober 2023, selepas meletakkan jawatan di sebuah syarikat minyak dan gas, beliau memutuskan untuk bekerja sebagai "freelancer". Beliau kini fokus mengembangkan kerjaya sebagai nomad digital.

Setakat ini, beliau telah menjelajahi 34 negara di benua Asia, termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Kemboja, Brunei, Singapura, Vietnam, Filipina, Laos, Jepun, Korea Selatan, Myanmar, Sri Lanka, Hong Kong, Macau, Pakistan, India, China, Mongolia, Rusia, Azerbaijan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Tajikistan, Turkmenistan, Iran, Armenia, Georgia, Turkiye, UAE, Oman, Arab Saudi, dan Taiwan. 

 

Antara negara yang menjadi pilihan beliau adalah Iran, Turkiye, Tajikistan, China, India, dan Rusia.

Cenderung dalam seni suara sejak di bangku sekolah rendah kerana minat mendalam terhadap lagu bertemakan ketuhanan dalam gaya kontemporari. Selain itu, beliau juga minat terhadap buku, penulisan, pengembaraan, dan fotografi.

Beliau memiliki pengalaman dalam pelbagai industri termasuk minyak dan gas, institusi kewangan, pelaburan, tenaga dan utiliti, insurans, telekomunikasi, pembinaan dan pembangunan hartanah, sokongan dan servis IT, pelancongan, serta NGO. Penglibatan beliau meliputi peranan secara sepenuh masa dan separuh masa.

 

Selain itu, beliau pernah ditugaskan di jabatan atau unit seperti kewangan, perakaunan, pentadbiran, perolehan, sokongan operasi, sumber manusia, dan telepemasaran. Beliau juga telah terlibat dalam tugas-tugas yang berkaitan secara tidak langsung dengan jualan, pematuhan, dan khidmat pelanggan.

 

Berkemahiran dalam penggunaan sistem SAP, Applicant Tracking System (ATS), 180° recruitment, penyediaan CV/Resume profesional, Work & Program Budget (WPB) - PETRONAS serta HRMS.​​

​​​

Memiliki lesen yang sah daripada Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) sebagai Authorised Consultant (UTC) dan memberi fokus kepada pelaburan dalam Dana Pematuhan Syariah (Shariah-Compliance Fund) untuk Unit Amanah.

Emel: pengembaranomad@gmail.com

penulis_kosong

Nomad Digital 2

Kami di platform digital "Pengembara Nomad" sedang mencari seorang pengembara atau nomad digital untuk berkolaborasi bersama kami dalam menghasilkan kandungan berkualiti dan juga bermanfaat.

  • Spotify
  • Youtube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • X

Laman web ini ditujukan kepada penulis dan jurnalis. Semua penulisan dan pengalaman yang dirujuk di laman in bertujuan semata-mata

untuk memberi inspirasi dan ilustrasi. Kami tidak mengesyorkan atau menyokong sebarang penulisan dan pengalaman tertentu pada mana-mana platform.

© 2025 JURNAL NOMAD STUDIO (003545717-U). SEMUA HAK TERPELIHARA.

bottom of page