
Ivy Manilag
Manila, FILIPINA
Bachelor in Industrial Engineering and Cybersecurity.
Beliau merupakan seorang yang serba boleh (all-rounder), termasuk sebagai nomad digital, pengembara, pengasas, pakar pemasaran digital, freelancer, penyanyi dan juga penulis lirik.
Memiliki pengalaman dalam bidang Pengurusan Strategi Media Sosial, Bimbingan Kerjaya dan Mentor (Remote), Pengurusan Acara & Podcast serta Pereka Grafik.
Selain itu, beliau telah melawati ke 8 buah negara di benua Asia, iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam, Thailand, Kemboja, Taiwan, dan Jepun.

Suhaila K.
Johor, MALAYSIA
BA (Hons) Business Administration
Beliau memiliki pengalaman selama 18 tahun dalam industri Minyak dan Gas, Tenaga Boleh Diperbaharui dan Teknologi Maklumat dengan pengalaman kerja di Malaysia dan Qatar sebagai Pengurusan Sumber Manusia (Profesional). Kepakaran utama beliau adalah dalam bahagian pengambilan (recruitment).
Beliau telah mengembara ke 10 buah negara di benua Asia dan Oceania, iaitu Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Filipina, Australia, Nepal, Turkiye, Qatar, dan Oman.

Luqman Z.
Kelantan, MALAYSIA
Ijazah Sarjana Muda Akidah & Falsafah, Ijazah Sarjana Pemikiran Akidah Tokoh
Beliau merupakan seorang graduan dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam pengajian Akidah & Falsafah. Seterusnya telah menyambung peringkat Ijazah Sarjana Pemikiran Akidah Tokoh di UiTM.
Judul tesis beliau adalah "Pemikiran Akidah Shaykh Hasan Ayyub dalam Tabsit al-'Aqa'id al-Islamiyyah berdasarkan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah".
Selain itu, beliau kini sedang menyambung Pensijilan Penfatwaan di Dar al-Ifta al-Misriyyah dan Psikologi Islam di Kolej Pengajian Tinggi Islam Al-Insaniah Malaysia (KPTI).
Kemahiran beliau dapat dilihat dalam penyelidikan dan analisis, dunia penterjemahan Arab-Melayu, penulisan akademik dan komunikasi, pengurusan pendidikan dan pembangunan kurikulum khususnya dalam sistem pengajian Islam berfondasikan kitab-kitab induk klasik dan persembahan ke bahasa semasa.
Beliau berkebolehan dalam membaca kitab-kitab tradisional Islam dalam bahasa Arab dan Jawi klasik.
Beliau merupakan sebahagian daripada tim kolaborasi kami bagi kandungan artikel dan blog yang menyentuh aspek agama termasuk akidah dan falsafah.
Telah menjejaki ke 5 buah negara di benua Asia dan Afrika iaitu Mesir, Arab Saudi, Jepun, Thailand dan Morocco.

Syazwan A. Bakar
Johor, MALAYSIA
Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery (MBBS)
Beliau merupakan seorang graduan dari University of Science and Technology di Jordan dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS).
Sebelum ini, beliau merupakan seorang doktor perubatan yang telah berkhidmat di hospital kerajaan di Malaysia selama 6 tahun.
Selepas mendirikan rumahtangga bersama isterinya berwarganegara Turki, beliau kini telah berkhidmat di Turk Kizilay atau Turkish Red Crescent di Turki iaitu sebuah NGO dalam memberikan bantuan kemanusiaan sebagai doktor am. Beliau telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Selain fokusnya dalam bidang perubatan, beliau merupakan seorang pengembara yang menggunakan pengangkutan awam dan juga berbasikal.
Beliau juga berhasrat untuk mengembara di 81 buah negeri di Turki bagi meneroka sejarah dan tempat yang menarik di negara tersebut.
Beliau turut berkebolehan dalam berbahasa Arab dan Turki selain bahasa Melayu dan Inggeris.
Telah menjejaki ke 7 buah negara di benua Asia iaitu Jordan, Syria, Lubnan, Arab Saudi, Iran, Turki dan Singapura.

TJ Song
Incheon, KOREA SELATAN
Major in Korean Language Education
Beliau adalah seorang chef berpengalaman dalam masakan Korea dan juga ejen hartanah bertauliah.
Sebagai pengembara solo, beliau lebih memilih gaya pengembaraan jangka panjang atau nomad untuk lebih mendalami perbezaan budaya di negara yang diterokai.
Sepanjang pengembaraannya, beliau telah menjejakkan kaki ke 13 buah negara di benua Eropah dan Oceania serta di 15 buah negara di benua Asia.

Azim A.
Selangor, MALAYSIA
Diploma of Engineering Technology in Ship Design
Beliau mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman sebagai Pereka Jenama dan Grafik. Sebelum memfokuskan minatnya dalam reka bentuk grafik, beliau juga memiliki pengalaman dalam industri minyak dan gas, khususnya dalam bahagian perkapalan.
Sebagai pereka grafik bebas selama 17 tahun, beliau telah menghasilkan rekaan lebih daripada 3000 logo dan sehingga kini masih mempunyai klien yang aktif di bawah khidmatnya.
Beliau telah melawati ke 3 buah negara di benua Asia, iaitu Arab Saudi, Singapura, dan Thailand.

Dr. Zein Mental Wellness
Selangor, MALAYSIA
Bachelor Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery (MBBCh)
Dr. Zein merupakan bekas penuntut di Darul Quran, JAKIM sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran.
Beliau memulakan kerjaya pada tahun 2015 sebagai doktor pelatih dan kini berkhidmat di Jabatan Kecemasan dan Trauma sebuah hospital bukan kerajaan di tanah air. Beliau juga merupakan Occupational Health Doctor (NIOSH).
Pemilik kepada buku My Healing Journey. Sebuah buku jurnal diari yang menggabungkan konsep psikologi dan spiritual. Buah tangan ini bertujuan untuk membantu orang ramai menguruskan emosinya dengan menjadikan perjalanan spiritual dan kebergantungan kepada Tuhan sebagai panduan utama.
Buku ini turut memuatkan tip pengurusan tekanan serta panduan praktikal untuk memperbaiki kesejahteraan emosi dan mental. MY HEALING JOURNEY diharapkan dapat menjadi teman pembaca dalam menelusuri liku-liku kehidupan dengan lebih tenang, sabar, dan penuh harapan.

Faiz F.
Pahang, MALAYSIA
Degree in Nuclear Engineering, Master in Aerospace Engineering.
Beliau kini melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana Kejuruteraan Aeroangkasa di salah sebuah universiti awam secara sepenuh masa.
Selain itu, beliau juga seorang penyelidik dan sebelum ini beliau pernah menerima tajaan penuh dari kerajaan Rusia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang nuklear. Namun, semasa tempoh pengajian di Moscow, beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan menyambung pengajian dalam bidang Master di universiti awam di Malaysia.
Beliau juga memiliki pengalaman dalam bidang penyelidikan dan kemahiran dalam pembinaan elektrik.
Sementara itu, beliau juga merupakan ahli berdaftar dan berlesen di bawah Lembaga Jurutera Malaysia (LJM).
Beliau telah mengembara ke dua negara di benua Asia dan Eropah, iaitu Rusia dan Indonesia.

Musaev Z.
Nookat, KYRGYZSTAN
Secondary Education
Beliau kini bekerja sebagai pemandu pelancong di bawah sebuah syarikat pelancongan di Singapura.
Sebelum itu, beliau pernah aktif sebagai hos di platform Couchsurfing dan telah menerima pengembara dari 53 negara di seluruh dunia.
Selain menjadi pemandu pelancong di Kyrgyzstan, beliau juga sedang mengusahakan perniagaan 'guesthouse' dan pemandu pelancong secara sendiri selepas kilang roti miliknya bankrap akibat pandemik COVID-19.
Beliau kini telah menyertai kolaborasi bersama kami dan membuka peluang kepada pengembara yang berminat menjadi sukarelawan di platform kami dan tertakluk pada terma dan syarat.

Idayu A.
Perak, MALAYSIA
Bachelor of Psychology
Beliau merupakan seorang penulis yang berpengalaman dan seringkali terlibat dalam melakukan aktiviti di belakang tabir sebagai ghostwriter.
Beliau kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi di sebuah institut pengajian tinggi swasta secara separuh masa.
Beliau mempunyai pengalaman selama 13 tahun bekerja dalam bidang industri halal sehingga kini di sebuah universiti awam.
Beliau merupakan sebahagian daripada tim kolaborasi kami sebagai editor untuk artikel dan blog.
Telah menjejaki ke 3 buah negara di benua Asia iaitu Singapura, Indonesia dan Brunei.