
farahazwa
Kuala Lumpur, MALAYSIA.
​
Pengurusan Sumber Manusia, Psikologi
​
​Beliau merupakan seorang pengembara, penulis, dan pengasas platform digital "Pengembara Nomad". Selain itu, beliau kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi secara separuh masa, selaras dengan minatnya dalam memahami tingkah laku manusia.
​
Pada Oktober 2023, selepas meletakkan jawatan di sebuah syarikat minyak dan gas, beliau memutuskan untuk bekerja sebagai "freelancer". Beliau kini fokus mengembangkan kerjaya sebagai nomad digital.
​
Setakat ini, beliau telah menjelajahi 34 negara di benua Asia, termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Kemboja, Brunei, Singapura, Vietnam, Filipina, Laos, Jepun, Korea Selatan, Myanmar, Sri Lanka, Hong Kong, Macau, Pakistan, India, China, Mongolia, Rusia, Azerbaijan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Tajikistan, Turkmenistan, Iran, Armenia, Georgia, Turkiye, UAE, Oman, Arab Saudi, dan Taiwan.
Antara negara yang menjadi pilihan beliau adalah Iran, Turkiye, Tajikistan, China, India, dan Rusia.
​
Cenderung dalam seni suara sejak di bangku sekolah rendah kerana minat mendalam terhadap lagu bertemakan ketuhanan dalam gaya kontemporari. Selain itu, beliau juga minat terhadap buku, penulisan, pengembaraan, dan fotografi.
​
Beliau memiliki pengalaman dalam pelbagai industri termasuk minyak dan gas, institusi kewangan, pelaburan, tenaga dan utiliti, insurans, telekomunikasi, pembinaan dan pembangunan hartanah, sokongan dan servis IT, pelancongan, serta NGO. Penglibatan beliau meliputi peranan secara sepenuh masa dan separuh masa.
Selain itu, beliau pernah ditugaskan di jabatan atau unit seperti kewangan, perakaunan, pentadbiran, perolehan, sokongan operasi, sumber manusia, dan telepemasaran. Beliau juga telah terlibat dalam tugas-tugas yang berkaitan secara tidak langsung dengan jualan, pematuhan, dan khidmat pelanggan.
Berkemahiran dalam penggunaan sistem SAP, Applicant Tracking System (ATS), 180° recruitment, penyediaan CV/Resume profesional, Work & Program Budget (WPB) - PETRONAS serta HRMS.​​​​
​​​​
Memiliki lesen yang sah daripada Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) sebagai Authorised Consultant (UTC) dan memberi fokus kepada pelaburan dalam Dana Pematuhan Syariah (Shariah-Compliance Fund) untuk Unit Amanah.
​

digital nomads
We at Pengembara Nomad digital platform are looking for digital travelers/nomads to collaborate with us to produce the best content.